Sedang Aku Menonton TV...

Sedang Aku Menonton TV...
...aku terjumpa satu band yang aku agak suka sekarang. Namanya Up dharma Down. Dengar lagu diorang kat sini. Aku punya favourite lagu We Give In Sometimes. Gila feeling. Pandai2 la korang cari, aku malas nak upload video.

Bukan malas, tak reti sebenarnya.

Sedang Aku Menonton TV...
...aku ternampak seekor cicak kat ceiling.

Cicak itu bersaiz kecil dan boleh melekat dekat ceiling. Ekornya boleh cabut dengan cara sukarela untuk melarikan diri dari pemangsa.

Aku decided untuk namakan cicak itu si Tompok.

Bila aku khusyuk tengok videoclip Rihanna, si Tompok menghilangkan diri. Kenapa la cicak dan manusia tak boleh hidup dengan harmoni?

Aku lagi geli tengok Cicakman dari tengok cicak. Aku rasa Saiful Apek tak patut pakai baju ketat macam tu sebab dia terlalu kurus. Tapi kalau dia pakai baggy pants pun tak sesuai.

Sedang Aku Menonton TV...
...aku terasa lapar. Jadi aku pergi ke dapur, makan sehelai biskut (Tatabahasa cara aku) Jacobs Cream Crackers dan berpura-pura kenyang.
Sedang Aku Menonton TV...
...phone aku tiba2 berbunyi. Ada SMS dari nombor yang tidak dikenali. Aku bukak2 dan mesejnya berbunyi begini "Hey, Tom! I got some cool pictures of Japanese models in bikinis! To download them, type ON HOTJAP and send it to (aku lupa nombor dia) now!"
Siapa Tom? Adakah Tom itu nama singkatan si Tompok? Anyway, siapa la percaya benda2 macam ni. Orang yang cuba hack aku ni patut cuba cara yang lebih licik.
Nice try though.
Sedang Aku Menonton TV...
...aku sedar bahawa jam pukul 1 pagi dan tak ada cerita best. Semua cerita boring. Mungkin ini adalah perbuatan kerajaan untuk membuat rakyat mengantuk dan tidur awal.
Cuba kalau diorang siarkan cerita best2 waktu2 macam ni. Mesti tak ramai orang pergi clubbing atau merempit atau sebagainya. Semua orang duduk rumah tengok tv.
Sedang Aku Menonton TV...
...aku rasa lapar lagi. Sehelai biskut (Tatabahasa cara aku, jangan tiru) Jacobs Cream Crackers tidak mencukupi. Perut aku berbunyi bunyi. Jadi aku ambil dua helai.
Aku takut nak masak maggi.
Sedang Aku Menonton TV...
...aku ternampak si Tompok lagi sekali. Tapi kasih sayang aku terhadap si Tompok sudah lama hilang jadi aku tidak berbuat apa2.
Sedang Aku Menonton TV...
...aku dengar anjing banyak menyalak. Bukan seekor atau dua ekor, tetapi banyak la jugak. Anjing2 dari neighbourhood aku.
Orang tua2 cakap anjing menyalak bila nampak hantu. Aku tak percaya benda2 macam tu. Orang tua2 saja je nak takutkan kita.
Tapi aku tetap berasa takut jadi aku tutup TV, masuk bilik dan cuba tidur. Tidak berjaya dan sedar2 jam dah pukul 3.30 pagi. Jadi aku tulis blog ni.
Sekarang pukul 4.24 pagi dan aku tak tahu nak buat apa.
Sambung tengok TV?
*
*
*
Boleh jugak.

Bila Aku Tidur, Otak Aku Tak Rock

Tadi aku terkenang ketika pergi ceramah untuk mengambil lesen kereta. Ceramah itu sangat bosan dan aku tak boleh tahan kebosanan sangat especially kalau pagi2 dan aku tak cukup tidur (tadi penceramah tu bagi joke, dia cakap meter minyak yang 'E' tu bukan 'Enough' dan 'F' tu bukan 'Finish'. Haha. Part ni aku gelak.)

Anyways, waktu rehat 5 minit (10 minit sebenarnya, diorang tipu) aku terus tidur. Dalam masa 10 minit itu aku mimpi yang aku tengah makan nuggets. Bila aku bangun aku terfikir, otak aku tak boleh ke designkan mimpi yang lebih creative?

Bila aku jaga, macam2 aku boleh fikirkan. Bila aku tidur, otak aku tak rock.
I trust you. I believe you. I believe in you. I adore you. I accept you. I want you. I need you. I cherish you. I have you. I love you..

"Promise me you’ll never forget all times we spent together and promise me no one will take my place in your heart"

minyak

Something i had in mind. Disebabkan sumber petrol semakin berkurangan, bukan logiknya harga akan naik?
and since semua nilai duit semakin naik, bukan kenaikan harga petrol itu satu benda yang normal?

and those oil rigs bukan macam perigi yang airnya refill setiap kali hujan isn't it?


Entahlah

Memasang angan angan aktif ber blog kembali

tapi entahlah, cita cita menjadi angan angan , cita cita sendiri jadi harapan

Entahlah, tengok nanti 

Rindu

Kau Kata Aku Punca Aku Kata Engkau Punca Bertikam, Berdarah Kita Bukan Punca Kita Cuma Rindu Ada Masa Kita Jumpa